Minuman yang di kenali ramai iaitu halal Bubble Tea telah menjadi viral sejak kebelakangan ini. Ramai yang gemar minuman tersebut dan ada juga dalam kalangan kita yang agak ketagih dengannya. Ia perkara biasa kerana kelazatan minuman halal bubble tea sendiri telah membuatkan ramai tidak boleh tahan untuk membelinya dan menikmati keenakkan minuman tersebut.
Namun sebagai seorang muslim, mencari minuman yang halal merupakan kewajipan kita. Bagaimana mahu kita mencari halal buble tea di Johor Bahru? Jangan risau kerana Johor Top 10 telah pon menyenaraikan 10 kedai minuman yang menjual halal bubble tea yang terbaik di kawasan Johor Bahru.
Halal Bubble tea atau pada asalnya di kenali sebagai boba atau brown sugar milk tea. Ia merupakan minuman yang sangat menyegarkan. Halal bubble tea terdiri daripada susu segar dan bebola hitam kecil yang di hasilkan dari pada brown sugar. Kombinasi kedua – dua bahan ini telah menghasilkan satu minuman segar yang sangat di minati ramai iaitu halal bubble tea.
Namun anda juga boleh menikmati minuman halal bubble tea anda dengan menggunakan pelbagai jenis tea bukan sahaja susu segar. Ini yang di panggil halal bubble tea, seperti green tea, milk tea, strawberry tea dan macam – macam lagi perisa. Tea mengikut perisa kegemaran anda di tambahkan dengan bebola brown sugar membuatkan minuman anda sangat lazat dan segar.