Cendol adalah makanan pencuci mulut tradisional yang terbaik di Malaysia. Tiada orang boleh menafikan keenakan cendol. Lagi lagi bile di makan pada hari yang panas. Cendol di perbuat dari pada ais yang di kisar dan di tambahkan dengan gula melaka yang sudah di cairkan dan di masak dengan daun pandan dan di masukkan sekali santan dan cendol. Lalu di hidang dengan penuh klassic. Sangat menyegarkan.
Cendol di jual sama ada di kedai kedai restoran atau di gerai gerai di tepi jalan. Ada juga yang suka di letak pulut di dalam. Ada yang suka tapai atau pon kacang merah, atau pon jagung dan lain lain. Semua mempunyai cita rasa yang tersendiri. Cendol adalah makanan tradisi dari dahulu lagi. Ia di sukai oleh atok nenek kita dan di bawa oleh mereka kepada kita hingga ke hari ini.
Namun untuk mencari restoran cendol yang sedap di kawasan bandar seperti Johor Bahru ini agak mencabar. Bukannya orang bandar tidak pandai membuat cendol, cumanya cendol lebih gemar dari kalangan mereka yang bukan berada di bandar.
Oleh di sebabkan itu kami telah menyelesaikan masalah tersebut. Jangan risau pening kepala tidak tahu di mana ingin mencari kedai cendol terbaik di Johor Bahru kerana Johor Top 10 telah pon menyenaraikan 10 kedai cendol yang terbaik di Johor Bahru ini khas bagi anda peminat cendol. Semoga senarai ini dapat membantu anda untuk mencari kedai cendol kegemaran anda di sini.