Nasi beriani merupakan makanan yang sudah terlalu lazim di negara kita. Kalau di tanyakan kepada rakyat Malaysia, sepuluh dari sepuluh akan kenal apa itu nasi beriani dan mungkin sembilan dari sepuluh yang pernah merasanya. Dan paling tidaknya tujuh dari sepuluh yang kata mereka suka makan nasi beriani.
Nasi beriani adalah nasi yang di masak dengan rempah rempah beriani. Rempahnya exclusive dan senang di cari di kedai. Ia perlu di masak sekali dengan nasi menghasilkan nasi yang berempah. Nasi beriani di makan dengan gulai samada ayam atau pon daging, namun apa salahnya jika di makan dengan ikan. Namun pada zaman sekarang, anda tidak perlu bersusah payah mencari bahan untuk memasak nasi beriani kerana anda hanya boleh dapatkannya di kedai makan.
Tapi kedai makan mana yang menjual nasi beriani yang lazat dan berbaloi? Jangan risau kerana Johor Top 10 telah pon menyenaraikan 10 kedai makan nasi beriani yang terbaik di sekitar Johor Bahru untuk anda nikmati. Kedai kedai yang di senaraikan menyediakan nasi beriani yang enak dan sangat memuaskan pelanggan yang datang. Boleh di katakan mereka merupakan kedai nasi beriani yang terbaik di Johor Bahru.
Di Malaysia kebiasaannya di sebuah majlis atau perayaan, mereka ada menyediakan nasi beriani. Nasi beriani sudah menjadi makanan yang susah untuk di lupakan di sini. Di makan dengan acai, sejenis sayur yang di potong kecil kecil dan di jeruk dengan cuka dan air asam untuk bagi ada rasa masa. Sangat sesuai di makan dengan nasi beriani.