Straits Hill Villa adalah villa yang menyediakan khidmat penyewaan rumah atau juga dipanggil dewan untuk pelbagai kegunaan. Villa ini terletak di Straits Hill dan juga sangat terkenal di Johor Bahru sebagai tempat yang cantik untuk mengadakan majlis majlis yang besar. Antara kegunaan villa ini adalah, homestay, hotel, majlis sambutan hari jadi, bbq, dan juga dewan perkahwinan. Dengan lokasinya yang strategik, dewan kahwin ini sentiasa menjadi pilihan ramai.
Majlis Perkahwinan Di Straits Hill Villa
Kawasan rumah yang luas membuatkannya sesuai untuk dijadikan dewan perkahwinan. Binaan rumahnya juga unik yang menyerupai reka cipta eropah yang dipenuhi taman – taman bunga. Ini akan mengindahkan lagi dewan kahwin anda membuatkan majlis perkahwinan anda bertemakan Taman Bunga. Rumahnya yang besar juga senang untuk pihak pengantin membuat urusan majlis di dewan kahwin ini.
Kemudahan Dewan Kahwin Yang Berbaloi
Apa gunanya Kawasan dewan kahwin yang cantik kalau tiada kemudahan yang selesa. Di dewan kahwin Straits Hill Villa, mereka menyediakan pelbagai jenis kemudahan yang menyenangkan kerja anda. antaranya adalah bilik di mana memudahkan pengantin untuk bersiap sebelom majlis atau berehat sewaktu majlis. Bilik ini juga memudahkan mereka untuk solat kerana tidak perlu mencari surau yang mungkin jauh dan bilik yang besar ini muat untuk mereka yang ingin solat berjemaah bersama. Dewan kahwin ini juga mempunyai kawasan parkir kereta tersendiri dan halaman rumah yang sangat luas.
Dewan Kahwin Bertemakan Taman
Sekarang memang terkenal dengan majlis perkahwinan yang bertemakan taman bunga di dewan kahwin. Taman bunga melambangkan keamanan keindahan dan ketenangan yang ramai inginkan sepanjang hayatnya bukan ketika kawin sahaja, Oleh itu, di dewan kahwin ini, anda pasti akan merasai keindahan taman tersebut. Dewan kahwin ini akan meriahkan lagi suasana hari anda di majlis perkahwinan anda.
Straits Hill Villa
Address:
No 19, Jalan Bertingkat Skudai, Straits View, 80200 Johor Bahru, Johor
Emel:
straitshillvillaku@gmail.com
No. Telefon:
012-771 6445