Majlis perkahwinan merupakan upacara yang amat dinantikan oleh pasangan pengantin dalam meraikan penyatuan dua hati disaksikan oleh ramai tetamu yang hadir. Kebiasaannya upacara majlis perkahwinan akan disertai dengan pelbagai acara seperti pemotongan kek, persembahan nyayian dan sebagainya. Selain dekorasi pelamin dan baju yang indah dan menarik perhatian, upacara pemotongan kek kahwin merupakan antara kemuncak bagi sesuatu majlis perkahwinan.
Tidak hairan jika dekorasi kek menjadi antara tarikan tetamu dalam menimbulkan keunikan dan persamaan tema perkahwinan. Seperti pelamin dan baju pengantin, pemilihan kek kahwin juga memerlukan persiapan yang awal dan rapi.
Pemilihan kek kahwin tidak terhad hanya kepada perisa sahaja. Namun banyak lagi perkara yang perlu dititikberatkan seperti tema, warna, berat kek, dekorasi dan sebagainya agar menepati citarasa pasangan. Tema perkahwinan mempengaruhi design kek yang bakal dihasilkan untuk disuai padan dan mampu menarik perhatian tetamu yang hadir. Selain itu, rasa kek juga perlu dititik beratkan agar kek yang dihasilkan tidak tertumpu pada dekorasi semata namun disertai dengan rasa yang enak dan menyelerakan.
Dari jenis yang simple sehinggalah kek kahwin unggul sehingga terlahirnya bakeri yang hebat-hebat. Pelbagai citarasa pelanggan harus dituruti seperti dekorasi yang unik, kek yang bertingkat dan sebagainya. Kemahiran pembuat kek akan dilihat melalui penghasilan kek yang bermutu tinggi dan yang paling penting mampu menepati kehendak pelanggan.
Selain itu, harga yang ditawarkan juga perlulah seiring dengan kek kahwin yang dihasilkan agar dapat memuaskan hati kedua belah pihak. Kemahiran seseorang dalam penghasilan sesuatu yang unik dan menarik merupakan nilai yang perlu diutamakan.
Sweet Ummi Bakery
Address:
Lot C9 Masjid Daing Abdul Rahman Taman, Nusa Idaman, 79100 Nusajaya, Johor
Emel:
ummieyna@yahoo.com
No. Telefon:
012-714 1457
Waktu Operasi:
Isnin – Ahad: 10.30am – 6pm
Sabtu: Closed