Dalam majlis perkahwinan, tidak lengkap jika tiada kek yang cantik dihidang di atas meja santapan pengantin. Kek dipotong ketika upacara makan damai. Mengikut adat lama, kek perkahwinan dibuat untuk membawa tuah kepada semua tetamu dan pengantin baru. Kini, deco kek perkahwinan menjadi hiasan utama dalam sesebuah majlis perkahwinan dan selalunya tidak dihidangkan kepada para tetamu.
Pada waktu dahulu, pulut kuning yang digunakan untuk memeriahkan sesebuah majlis perkahwinan bagi acara penutup. Seiring dengan peredaran masa, penggunaan pulut kuning digantikan pula dengan deco kek untuk majlis tampak moden dan mewah. Dengan ini, JBTop10.com memilih Sedap Kek ‘N” Biskut sebagai pembuat kek dan biskut terbaik di Johor Bahru, Johor.
Sedap Kek ‘N’ Biskut menyediakan pelbagai jenis kek bukan sahaja untuk majlis perkahwinan, malah pelbagai kenis keramaian. Penggunaan kek sudah menjadi satu perkara yang mesti ada kerana ianya menjadi tumpuan utama para tetamu yang hadir.
Selain kek, Brownies juga ada disediakan oleh Sedap Kek ‘N’ Biskut dengan pelbagai hiasan di atasnya mengikut citarasa pelanggan.
Tidak kurang juga, Sedap Kek ‘N’ Biskut juga ade menyediakan biskut sebagai juadah tambahan bagi majlis perkahwinan. Lazimnya, biskut disediakan untuk juadah hari raya, kini menjadi trend biskut seperti ini dijadikan buah tangan buat tetamu istimewa pihak pengantin kepada tetamu yang terpilih.
Sedap Kek ‘N’Biskut juga menyediakan deco kek untuk majlis keraian lain-lain seperti majlis hari jadi.Pelbagai dekorasi kek pilihan kanak-kanak boleh ditempah dengan harga yang berpatutan.
Sedap Kek ‘N’Biskut juga menyediakan pelbagai jenis mini kek buat santapan tetamu yang hadir. Biskut yang ditempah boleh didekorasi dalam paket yang menarik buat tetamu. Tempahan biskut juga boleh dilakukan dan disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pelanggan.
Kesimpulan, setiap majlis tidak meriah jika tiada kehadiran kek yang menarik dan enak dimakan. Sedap Kek ‘N’ Biskut menyediakan tempahan dengan baik dan harga yang berpatutan.
Sedap Kek ‘N’ Biskut
Address:
No.9, Jalan Padi Emas 1/4, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Emel:
sedapkeknbiskut@gmail.com
No. Telefon:
019-714 4580