Johor Top 10 Perkhidmatan Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 di Kulai
Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 dijadikan tempat untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin. Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.
Oleh itu, kerajaan sedang berusaha keras dalam memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk dalam masa terdekat. Untuk membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Dengan ini,kerajaan telah menyedia pusat pemberian vaksin di seluruh malaysia.
Terdapat 5 stesen di setiap pusat pemberian vaksinasi. Stesen pertama adalah untuk memeriksa gejala dan suhu badan, stesen kedua adalah untuk pendaftaran, stesen ketiga adalah untuk kaunseling dan persetujuan untuk vaksinasi, stesen keempat adalah untuk vaksinasi, dan stesen kelima adalah untuk pemerhatian dimana orang ramai akan dijaga selama 15 hingga 30 minit selepas menerima suntikan.
Diharapkan dengan kehadiran vaksin mampu menangani pandemik covid-19 ini dengan lebih berkesan dan terkawal. Orang ramai digalakan untuk mendaftar vaksin melalui aplikasi MySejahtera untuk bersama -sama dalam menangani pandemik ini.
JBTOP10 menyenaraikan 10 lokasi pusat pemberian vaksin Covid-19 di Kulai.