Kini, sudah menjadi trend setiap pasangan pengantin yang meraikan majlis perkahwinan mereka memiliki barisan pengiring pengantin bagi pihak lelaki dan perempuan. Setiap pengiring akan didandankan dengan rona dan corak yang sama serta sedondon dengan warna tema majlis perkahwinan tersebut. Imaan Boutique menyediakan pakaian bagi pengiring pengantin atau lebih popular dikenali sebagai ‘bridesmaids’ di kalangan masyarakat kita mempunyai tugas-tugas khas yang telah dirancang oleh pihak pengantin bagi melancarkan sesuatu majlis dan ia nampak lebih kemas dan teratur.
Tugas para pengiring pengantin biasanya mengiringi langkah raja sehari masuk ke dalam majlis dengan membawa dulang hantaran, langkah yang diatur dengan tertib dan dulang hataran disusun dengan teratur. Selain itu juga, para pengiring dijadikan penyeri di dalam setiap gambar pengantin sebagai kenangan. Oleh demikian, Imaan Boutique telah mengeluarkan pelbagai corak dan jenis material kain buat para pengiring membuat pilihan tepat dengan tema sesebuah majlis perkahwinan.
Corak abstrak kini menjadi pilihan ramai orang. Corak ini dinamakan ‘Pearl White’ di mana mudah digayakan oleh si pemakai dan sesuai dengan pelbagai jenis tona kulit. Pelbagai jenis jubah atau lebih moden dikenali sebagai ‘dress’ dijadikan pilihan buat para pengiring. Pelabagai warna dan saiz juga ade disediakan.
Pelbagai jenis dan warna tudung serta selendang ditawarkan. Tudung mudah sarung juga direka dgn pelbagai jenis rekaan dan warna. Pelbagai tona warna selendang boleh didapati di Imaan Boutique. Warnanya daripada tona lembut hingga tona lebih pekat dan dipadankan dgn warna busana si pemakai. Imaan Boutique juga menyediakan busana buat kanak-kanak. Pelbagai jenis warna dan paten boleh dipilih. Terkini adalah corak batik.
Selain jubah dan kurung moden, butik ini juga mengeluarkan pelbagai jenis warna dan paten blaus longgar. Sesuai dipadankan dengan tudung atau selendang bercorak. Rekaan baju mini kurung dengan pelbagai jenis corak dan warna dipadankan dengan tona tudung ‘plain’ juga disediakan untuk memenuhi citarasa pelanggan.
Imaan Boutique
Address:
UDA Business Centre, 21, Jln Padi Emas 1/5, 81200 Johor Bahru, Johor
Emel:
akramyi@yahoo.com
No. Telefon:
07-244 8021
Waktu Operasi:
Monday – Sunday : 10am – 10pm