UMMIRIAZ telah bermula sebagai Jenama Pakaian Wanita Muslim di Johor Bahru, Johor Malaysia sejak tahun 2008. Pelanggan amat mengenali butik ini sebagai salah satu Pakar Pakaian Eksklusif Lycra dan merupakan koleksi yang paling laris sejak ia ditubuhkan. Dalam menyesuaikan koleksi dengan kehendak semasa, pelbagai jenis rekaan dan padanan warna telah ditonjolkan bagi menarik lebih ramai pelanggan baru. Meskipun begitu, pakaian yang mengikut ketetapan syariah masih dititik beratkan. Kini, jenama ini juga menjadi salah satu jenama yang dikenali terutama bagi memenuhi menghiasi sebarang majlis seperti perkahwinan dan sebagainya. Baju kahwin pengiring merupakan satu perkara baru yang menjadi ikutan ramai masa kini. Ummiriaz tidak ketinggalan dalam menjadi antara jenama yang dapat memenuhi keperluan tersebut dengan kepelbagaian warna, saiz dan rekaan yang sedondon.
Seiring dengan kemajuan negara, Ummiriaz mampu berkembang maju dan menjadi jenama terkenal dalam perniagaan secara runcit dan borong bagi Fesyen Moden Antarabangsa pada tahun 2015. Sesuai dengan perkembangan terkini dunia fesyen, Ummiriaz tetap sentiasa memastikan jenamanya setanding dan dapat menepati citarasa pelanggan lama mahupun baru.
Jenama Ummiriaz terbukti mempunyai keunikan dan kekuatan tersendiri untuk memenuhi keperluan, pasaran dan segmentasi yang berbeza selain tetap menerapkan elemen yang lebih menarik dalam usaha menambah keselesaan dan keyakinan pelanggan ketika menggayakan pakaian. Pelanggan akan tampak lebih yakin dan bergaya sesuai dengan trends semasa walaupun penerapan unsur muslimah tetap dikekalkan. Bagi yang berkehendak membeli secara pukal untuk tujuan majlis perkahwinan ataupun keramaian, Ummiriaz menawarkan harga yang lebih berpatutan dan rekaan yang mampu menambah kejelitaan pelanggan. Baju kahwin bagi memenuhi keperluan pengiring atau pengapit juga bole didapati dengan pelbagai jenis pilihan warna, saiz dan rekaan sesuai dengan citarasa pelanggan.
UMMIRIAZ
Address:
No.8, Kompleks Warisan Johor, No.888, Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru, Johor
Emel:
ummiriaz_collection@yahoo.com
No. Telefon:
012-712 1839
Waktu Operasi:
Monday – Sunday : 10.30am – 6pm (Friday Closed)