Hidangan dessert dan candy buffet yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu gula-gula, lollipop, marshmallow, coklat dan terkini kebanyakan orang menambahkan buah-buahan untuk disalut coklat yang dihidangkan di atas meja khas dengan pelbagai warna dan tema yang menarik.
Manisan ini disusun didalam bekas pelbagai bentuk dan kebanyakkan mereka meletakkan manisan didalam bekas yang lutsinar untuk menaikkan keghairahan tetamu agar datang ke hidangan ini. Lebih menarik jika chocolate fountain machine diletakkan di atas meja hidangan.
Hal ini telah menjadi satu perkara yang kerap kali diperlihat di mana-mana majlis perkahwinan dalam memeriahkan lagi majlis tersebut dengan kehadiran manisan ini.
Dengan platform ini, pencarian Johor Top 10 perkhidmatan manisan dapat dipermudahkan dari segi masa dan kepuasan. Inilah senarai Johor Top 10 perkhidmatan dessert dan candy buffet terbaik di sekitar Johor Bahru. Mari kita lihat!