Apam balik adalah makanan tradisi orang melayu. Adunannya yang di perbuat dari tepung air dan telur itu di masak di atas periuk istimewanya yang bulat. Apa yang menjadi daya tarikan kepada makanan ini adalah ramuan yang di letakkan di dalam apam balik itu. Kebiasaannya mereka akan letak gula kacang dan jagung bagi melazatkan apam balik tersebut.
Namun pada zaman sekarang ada yang campurkan sekali dengan perisa perisa yang kita tidak terpikir untuk letak. Perisa tersebut seperti coklat, cheese, strawberry dan sebagainya. Apam balik kebiasaannya adalah makan yang wajib di beli dan di jual di pasar pagi atau pasar tani. Ia merupakan makanan kesukaan budak budak.
Namun sekarang apam balik di jual di mana mana di tepi jalan. Ada yang mempunyai nama gerainya yang tersediri. Anda masih mencari kedai apam balik di sekitar Johor Bahru? Jangan risau kerana kami menyediakan senarai 10 kedai yang menjual apam balik di Johor Bahru. Apam balik di jual di mana mana di Johor ini, namun untuk mencari kedai apam balik yang terbai, bukan lah senang.
Oleh di sebabkan itu, kami bukan sahaja senarai 10 kedai apam balik, namun senarai kami adalah senarai 10 kedai apam balik yang terbaik di Johor Bahru.