Burger sangat popular di Malaysia. Boleh di katakan, setiap 5 min kita berjalan di tepi jalan akan sentiasa bertemu gerai menjual burger. Boleh dikatakan burger di tepi jalan lagi baik dari buger burger yang ada di fast food. Kenepa? Kerana mereka jauh lebih murah, sos yang di beri lebih banyak dan mereka lebih sedap dan lebih sehat.
Namun ia bergantung pada cita rasa orang yang berbeza. Ada yang suka makan burger di gerai tepi jalan dan ada yang suka makan burger di restoran fast food atau yang mewah mewah. Begitu juga dengan ramuan burger, ade yang suka cheese ade yang suka mayo tanpa sos cili dan ade yang suka burger special. Di mana daging burger di balut dengan telur membuatkannya lebih lazat. Tidak kisah macam mana anda suka burger anda di hidang, burger tetap burger dan burger tidak boleh di pisahkan dari pada kita.
Namun masih mengalami kesusahan mencari kedai burger di sekitar johor Bahru? Jangan risau kerana Johor Top 10 telah pon memudahkan kerja anda. Kami telah menyenaraikan 10 kedai burger terbaik untuk anda di kawasan Johor Bahru. Kedai kedai burger ini semua mempunyai nama dan di sukai ramai. Mereka adalah kedai burger yang terbaik yang anda boleh dapati di Johor Bahru. Namun seperti yang telah di beri tahu, burger yang sedap adalah subjektif. Ia berpandukan siapa yang memakannya.