Pisang goreng merupakan makanan tradisi orang melayu. Kebiasaannya di kampung bile petang, nenek kita akan bawa balik pisang goreng dan di buatnya air teh panas untuk minum petang. Dan semua anak beranak dan cucu datang untuk menjamu pisang goreng sambil berbual. Ini merupakan nikmat di kampung. Namun pisang goreng bukan sahaja boleh di nikmati di kampung sahaja. Di bandar seperti Johor Bahru, sudah ramai yang membuka gerai pisang goreng mereka.
Ada gerai yang sudah menjadi terkenal dengan menjual pisang goreng yang sangat sedap. Untuk meghasilkan pisang goreng yang enak, seseorang itu harus bermula dengan mencari pisang yang betol dahulu. Terdapat pelbagai jenis pisang dan tidak semua boleh di jadikan pisang goreng. Ada yang lebih sesuai di makan begitu saja, ada yang sesuai di buat kek dan kuih.
Setelah jumpa pisang yang terbaik untuk di jadikan pisang goreng, mencari tepung yang terbaik pula. Tepung memainkan peranan penting dalam merangupkan pisang tersebut apabila di goreng. Dengan menggunakan tepung yang betol dan pisang yang betol, teknik menggoreng pon harus lah betol. Barulah anda dapat menghasilkan pisang goreng yang terbaik.
Namun anda tidak perlu risau jika anda tidak pandai membuat semua itu. Kerana anda hanya boleh membeli pisang goreng kegemaran anda di gerai yang terbaik di Johor Bahru. Kami telah menyediakan 10 senarai gerai pisang goreng yang terbaik di Johor Bahru khas untuk anda yang tidak boleh hidup tanpanya.