Restoran kopitiam tidak lagi asing di Malaysia. Bahkan ia sangat di minati ramai. Kopitiam merupakan kedai makan dan minum yang menghidang pelbagai jenis hidangan. Antara hidangannya seperti masakan melayu nasi goreng, kuey tiaw ladna, kungfu, dan ada juga western seperti fries, chicken chop, fish and chips.
Masih mencari – cari restoran kopitiam di sekitar Johor Bahru? Jangan risau kerana Johor Top 10 telah menyenaraikan 10 restoran kopitiam halal yang terbaik di Johor Bahru. Dengan kata lain, kami telah pon memudahkan kerja anda supaya anda tidak perlu mencari di mana terletaknya kopitiam yang terbaik di Johor Bahru.
Kopitiam bukan sahaja restoran di mana orang menikmati hidangan yang lazat, ia juga tempat orang lepak dan menikmati kopi yang segar. Di Kopitiam, mereka menyediakan pelbagai jenis kopi seperti white coffe, kopi panas, kopi susu, dan macam – macam jenis kopi tradisi melayu. Kopitiam merupakan tempat terbaik bagi mereka yang ingin berbual lama dengan kawan dan duduk di kedai untuk minum kopi.
Kopitiam juga merupakan tempat yang sangat sesuai untuk membawa keluarga bersarapan. Kebiasaannya di kopitiam mereka menyediakan hidangan roti bakar, jem, dan pelbagai lagi menu hidangan pagi untuk anda manjamu bersama keluarga. Bukan sahaja makanan, malah suasana restorannya juga menunjukkan suasana yang sesuai untuk lepak dan berbual sambil menikmati secawan kopi.