Kuih muih merupakan makanan tradisi kita di Malaysia. Malaysia sangat kaya dengan pelbagai jenis kuih muih yang sedap belaka. Setiap negeri boleh di katakan mempunyai pelbagai jenis kuih muih tradisi masing masing. Setiap kaum juga mempunyai kuih muih mereka yang tersendiri. Jadi jika di gabungkan semua, terlalu banyak kuih muih untuk di rasa di negara ini. Malah kuih muih tradisi Johor sendiri ada banyak.
Johor bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian kuih muih, malah kuih muih yang sedap dan enak. Kuih muih di sini juga tidak terlalu manis atau terlalu pelik. Ia sangat serasi di makan di buat hidangan di jamu bersama teh dan kopi. Kebiasaan kuih muih ini di makan katika srapan pagi, minum petang ataupon di jamuan mana mana.
Antara kuih muih yang menjadi kebiasaan orang adalah karipap, donut,sardin gulung, kuih lapis dan tepung pelita. Kuih ini sangat sedap dan menjadi satu kebanggaan kita orang melayu. Kuih muih merupakan hidangan yang pasti tidak akan lupuk di telan zaman. Dengan adanya kedai kedai kuih muih di Johor Bahru ini, anda dapat merasa kuih muih di bandar seperti mana rasanya di kampung.
Anda masih mencari kedai kuih muih yang sedap di sekitar Johor Bahru? Johor Top 10 telah menyediakan 10 senarai kedai yang terbaik di sekitar Johor Bahru untuk anda menikmati bersama keluarga. Dengan kata lain, senarai kuih muih ini telah memudahkan kerja anda. Anda tidak perlu bersusah payah mencari di sekitar kawasan anda untuk mendapatkan kedai kuih muih yang terbaik untuk anda.