Nasi ayam adalah nasi ayam tradisi indonesia atau lebih spesifik jawa timur. Namun apakah yang di maksudkan dengan penyet? Penyet itu bukan lah dari bahasa melayu, ia dari bahasa jawa yang bermaksud lumat. Ini juga bermaksud bahan yang di masukkan di lumatkan. Ia di hidangkan pula dengan sambal yang juga di lumatkan dan tempe yang di goreng rangup dan ulam ulaman.
Nasi ayam penyet sangat menyelerakan dan dapat memikat hati rakyat Malaysia. Sekarang kita dapat lihat retoran ayam penyet ada di mana mana dan sangat senang untuk mendapatkannya. Sambalnya agak pedas. Itu yang membuatkan nasi ayam penyet sangat di sukai ramai.
Namun di mana anda ingin mencari restoran yang menjual nasi ayam penyet ini di Johor Bahru? Bagaimana ingin mendapatkan nasi ayam penyet yang terbaik disini? Jangan risau kerana Johor Top 10 telah menyenaraikan 10 kedai makan nasi ayam penyet yang berada di Johor Bahru khas untuk anda.
Bukan sahaja itu, senarai kami juga merangkumi nasi ayam penyet yang terbaik di sini. Dengan kata lain, kami telah pon memudahkan kerja anda. Anda tidak perlu lagi bersusah payah menjelajah di seluruh Johor Bahru untuk mencari restoran nasi ayam penyet yang terbaik untuk memenuhi cita rasa anda.