Roti canai merupakan makanan harian orang Malaysia. Tidak kira waktu, sarapan di pagi hari, makan tengahari, atau pon malam, roti canai sering kali di jadikan pilihan ramai. Ada juga yang suka lepak di kedai mamak untuk menikmati roti canai. Ada yang suka di kedai melayu. Tak kira di mana, mereka semua suka roti canai.
Roti canai adalah satu makanan yang sangat istimewa. Ia diminati ramai dan di terima oleh orang ramai sebagai makanan penting di Malaysia. Roti canai mempunyai pelbagai jenis. Ada suka roti canai telur, ada suka kosong jee, ada suka cheese, ada suka sardin, ada suka roti tisu atau roti bom. Semuanya roti canai cume jenisnya yang berbeza dengan kandungan lemak yang berbeza.
Roti canai sedap di makan dengan kari dan sambal seperti yang di jual di kedai melayu. Namun ada juga yang suka makan dengan kuah dal. Yang suka makan dengan kuah banjir pon ada. Tak kisah lah macam mana, semua ada gaya yang tersendiri untuk menikmati hidangan roti canai mereka.
Jika anda berada di Johor Bahru dan tidak tahu di mana ingin mencari kedai makan yang menyediakan roti canai. Jangan risau kerana Johor Top 10 telah menyediakan senarai 10 kedai roti canai yang enak di makan dan terbaik di sekitar Johor Bahru ini. Anda tidak perlu mencari di seluruh Johor Bahru lagi untuk mendapatkan roti canai kegemaran anda.