Mee rebus merupakan makanan tradisi orang kita yang sudah lama di perkenalkan. Kebiasaannya mereka akan mengunakan mee kuning dan merebusnya dengan air panas. Apa yang membuatkan mee rebus itu istimewa adalah supnya di mana supnya haruslah istimewa dan sedap. Kebiasaannya mereka akan letak macam macam di dalam sup tersebut seperti daging, sayur, ayam perut ayam dan lain lain.
Rasanya sangat mengingatkan kita pada kampung halaman di mana mee rebus ini selalu di jual. Anda masih mencari kedai mee rebus yang lazat di Johor Bahru? Usah risau kerana Johor Top 10 menyediakan senarai 10 kedai mee rebus yang enak di Johor Bahru untuk anda nikmati. Jangan tunggu tunggu lagi, pergilah sekarang untuk dapatkan mee rebus terbaik di Johor Bahru.
Kedai kedai mee rebus dalam senarai kami terdiri dari kedai mee rebus yang terkenal di sekitar Johor Bahru. Semestinya mee rebus ini dapat memuaskan cita rasa anda. Dan menghilangkan rasa mengidam inginkan mee rebus kambung yang susah untuk di dapati di bandar seperti Johor Bahru ini. Amat rugi jika anda berada di Johor Bahru tapi tidak merasa mee rebus di sini kerana mee rebus mereka sangat sedap dan di minati ramai.