Teringin mencuba restaurant nasi arab di kawasan Johor Bahru? Namun susah mencari restaurant nasi arab untuk anda? Oleh itu anda masih mencari – cari arabic restaurant yang menyediakan nasi arab di sekitar Johor Bahru? Jangan risau kerana anda berada di tempat yang betol. JBTOP10 telah pon menyenaraikan 10 arabic resataurant yang menyediakan arabic food seperti nasi arab di sekitar Johor Bahru yang terbaik untuk anda.
Arabic restaurant sangat terkenal di Johor Bahru. Boleh di katakan ramai yang berada di Johor Bahru amat mengemari masakan arab terutamanya nasi arab. Nasi arab merupakan nasi yang biasanya di gunakan dari beras dberkualiti tinggi yang lebih panjang dari beras biasa. Ia di panggil beras jasmati. Lalu di masakkan dengan rempah ratus yang di cipta khas untuk memasaknya.
Kita semua tahu yang orang timur tengah sangat mahir dengan masakan yang menggunakan rempah ratus ini. Mereka sangat pakar dalam membuat kari, dan pelbagai lagi jenis masakkan yang menggunakan rempah. Setiap hidangan nasi yang berbeza nama menggunakan rempah yang berbeza. Sebagai contoh, nasi arab mandi menggunakan rempah khususnya, nasi beriyani pula menggunakan rempah khususnya.
Kebanyakkan Arabic restaurant mempunyai sijil halal oleh itu jangan risau untuk mencari arabic restaurant yang halal. Malah chef – chefnya juga biasanya terdiri dari muslim yang berasal dari timur tengah. Selain nasi arab, ramai juga yang menggemar roti arab di mana ia dimakan dengan mencicah daging cincang atau pon kari. Dan tak boleh di lupakan kebab arabic atau shawarma yang juga merupakan makanan yang sangat lazat dan wajib di cuba. Semestinya kebabnya agak berlainan dengan kebab di pasar malam.