Anda teringin untuk menjamu nasi kandar? Namun tidak tahu di mana restoran nasi kandar di kawasan Johor Bahru yang sedap? Jangan risau kerana Johor Top 10 telah menyenaraikan 10 senarai restoran Nasi Kandar yang terbaik di sekitar Johor Bahru untuk anda menikmati.
Nasi kandar merupakan makanan yang agak femes di Malaysia. Antara tempat yang sangat terkenal dengan makanan nasi kandar ini adalah di Pinang. Pulau Pinang sangat terkenal dengan restoran mamak yang menyediakan pelbagai jenis nasi kandar. Namun anda boleh merasa keenakan nasi kandar di Johor Bahru seperti rasa nasi kandar di Pinang.
Dengan senarai 10 kedai Nasi Kandar terbaik di Johor Bahru ini, kami telah pon memudahkan kerja anda. Anda tidak lagi perlu bersuah payah melayari internet mencari satu – satu restoran nasi kandar di sini. Nasi kandar adalah adalah nasi kegemaran semua orang tidak mengira kaum. Ia berasal dari india dan ia kaya dengan rempah ratus di kuahnya. Itu yang membuatkan nasi kandar sangat istimewa dan di sukai ramai.
Kebiasaannya nasi kandar ini hanya di jual di restoran restoran mamak, agak susah untuk mencarinya di restoran melayu atau mana mana restoran di tepi jalan. Dan juga biasenye kuahnya akan di campurkan pelbagai jenis kuah yang membuatkan rasanya sangat menarik dan sedap. Kita dapat merasakan manisnya kuah ayam madu, pedasnya kari dan pelbagai lagi jenis rasa yang disatukan di atas satu pinggan.