Johor Top 10 Perkhidmatan Kedai Penjualan Tudung Secara Online
Sebut je nama tudung, Pasti menjadi kewajipan bagi semua wanita muslimah untuk memakainya dan tidak lupa juga menjadi kegilaan bagi wanita untuk berfesyen dengan gaya tersendiri. Tetapi kepelbagaian jenama pada hari ini memberi variasi kepada penggemar tudung. Boleh dikatakan sekarang ni trend hijab semakin mendapat perhatian. Ada macam-macam fesyen tudung yang boleh digayakan.
Jika wanita tidak bertudung mengalami ‘bad hair day‘, bagi wanita yang bertudung pula mereka akan mengalami situasi yang sama tetapi berbeza sedikit iaitu pada tudung. Macam-macam masalah boleh terjadi seperti awning tudung yang tidak menjadi, kain tudung menjadi kedut, material dan sebagainya.
Dengan permintaan yang tinggi dalam pasaran, kini setiap wanita boleh memilih tudung kesukaan mereka mengikut ciri masing-masing. Tudung memainkan peranan dalam diri mereka kerana ia memberikan identiti dan personaliti kepada si pemakai.
Atas dasar permintaan pengguna, beberapa jenama telah memonopolikan pasaran tudung ini dan mendapat tempat dalam kalangan wanita yang bertudung. Bagi memudahkan pencarian pengguna berkaitan kedai tudung yang menawarkan pembelian secara dalam talian, JBTOP10 telah menyenaraikan 10 kedai tudung yang terletak di sekitar Johor Bahru.