Pasar Pagi adalah pasar yang menjual pelbagai jenis makanan dan bahan basah dan kering untuk memasak. Di situ kita boleh memperoleh pelbagai jenis sayur sayuran, ayam, daging, itik dan makanan laut pon ada seperti udang, ikan dan sotong.
Bagi mereka yang sangat menyukai bahan basah yang fresh sememagnya Pasar Pagi ini menjadi pilihan utama mereka. Walaupon anda hanya akan mendapati bahan basah tempatan jee yang di jual di sini. Namun, di sini harga pasarannya juga agak murah berbanding di supermarket. Beli barang dapur di sini akan memuaskan hati anda.
Anda tidak perlu pergi ke banyak kedai untuk memenuhi senarai barang keperluan anda kerana di sini, semuanya ada. Pasar Pagi juga menjual makanan makanan ringan seperti kuih kuih dan minuman susu dan dadih. Ini menjadikan pasar pagi satu tarikan orang ramai untuk datang. Ramai yang sukakan kuih kuih itu untuk di jadikan sarapan mereka.
Anda masih mencari pasar pagi di kawasan rumah anda untuk pergi membeli barang dapur? Jika anda berada di kawasan Kempas atau Setia Tropika, anda sangat bernasib baik kerana Johor Top 10 telah pon menyenaraikan 10 pasar pagi di kawasan tersebut khas untuk anda. Senarai tersebut merangkumi senarai pasar pagi yang terbaik di Kempas dan Setia Tropika.