Johor Top 10 Perkhidmatan Pusat Vaksin di Johor Bahru
Beberapa pusat vaksin dalam negara ini sudah mula memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada orang awam selepas kerajaan bersetuju hospital swasta digunakan sebagai pusat vaksinasi dalam fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Pusat Vaksin akan bermula di negeri Johor dengan penglibatan beberapa tempat yang telah dikenal pasti. Lokasi pengenalan awal pusat pemberian vaksinasi tahap kedua dan ketiga yang mampu menyediakan fasiliti bersesuaian dibuka mengikut keperluan.
Terdapat 5 stesen di setiap pusat pemberian vaksinasi. Stesen pertama adalah untuk memeriksa gejala dan suhu badan, stesen kedua adalah untuk pendaftaran, stesen ketiga adalah untuk kaunseling dan persetujuan untuk vaksinasi, stesen keempat adalah untuk vaksinasi, dan stesen kelima adalah untuk pemerhatian dimana orang ramai akan dijaga selama 15 hingga 30 minit selepas menerima suntikan.
Diharapkan dengan kehadiran vaksin mampu menangani pandemik covid-19 ini dengan lebih berkesan dan terkawal. Orang ramai digalakan untuk mendaftar vaksin melalui aplikasi MySejahtera untuk bersama -sama dalam menangani pandemik ini.
JBTOP10 menyenaraikan 10 lokasi pusat vaksin di Johor Bahru.