Anda mencari – cari Restoran Shell Out di Johor Bahru? Jangan risau kerana Johor Top 10 telah menyenaraikan 10 Shell Out Restaurant yang terbaik di sekitar Johor Bahru. Dengan kata lain, kami telah memudahkan kerja anda dan anda tidak lagi perlu bersusah payah mencari Shell Out Restaurant yang terbaik di Johor Bahru.
Di Malaysia terkenal dengan makanan seafood yang lazat. Ia juga di gemari ramai. Untuk mencari Restoran Seafood bukan lah satu perkara yang susah lagi. Sehubungan dengan itu Malaysia juga terkenal dengan Restoran Shell out. Kebiasaannya di shell out restaurant, mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan yang di makan dengan nasi.
Menu Seafood merupakan menu utama shell out restaurant seperti ketam, udang galah, dan lobster. Masuklah dengan nama shell out. Antara keunikan restoran shell out ini, makanannya akan di hidang di atas meja yang di amparkan kain ataupon alas. Dengan kata lain smua akan di hidang di depan kita tanpa menggunakan pinggan atau mangkuk. Ia sangat unik dan menarik seperti satu meja makan tersebut merupakan pinggan kita.
Mereka juga akan menyediakan penukul untuk kita memudahkan kita mengupas dan membuka kulit – kulit ketam yang keras untuk mendapatkan isinya yang lazat. Jangan risau jika serpihan makanan terkena di baju dan menyebabkan baju kotor kerana mereka juga menyediakan kain untuk kita menutup baju kita supaya tidak kotor.