Yong tau foo merupakan makanan yang di sangat di sukai ramai. Dari golongan kanak kanak, remaja hingga ke dewasa semua gemar memakan yong tau foo. Yong tau foo adalah hidangan Hakka Chinese yang menu utamanya terdiri dari tauhu dan beberapa ubah suai daging atau ikan.
Pada zaman sekarang orang kebiasaanya akan menggunakan bebola ikan atau daging dan pelbagai jenis makanan makanan yang telah di process. Yong tau foo jugak di makan denga pelbagai cara. Ada di makan dengan sup yang di hasilkan dan ada juga yang di makan dengan tanpa sup dan di letakkan lada kicap. Ia juga sedap jika di masakkan dengan sayur.
Di Malaysia, yong tau foo menjadi makanan yang selalunya di pilih jika mahu makan malam yang segera dan inginkan citarasa lain dari nasi. Namun di mana hendak mencari kedai yong tau foo yang sedap di kawasan Johor Bahru ini?
Jangan risau kerana Johor Top 10 telah pon menyenaraikan 10 kedai makan yong tau foo yang menarik di sekitar Johor Bahru. Kedai yong tau foo yang di senaraikan juga merupakan kedai yong tau foo yang terbaik di Johor Bahru. Oleh itu jangan lupa untuk dapatkan yong tau foo kegemaran anda di kedai kedai yong tau foo yang telah kami senaraikan di bawah.