Masih mencari perkhidmatan kedai perkahwinan di Johor Bahru? Leen’z Bridal menawarkan pakej perkahwinan yang pelbagai iaitu bermula dengan pakej makeup artis, dekorasi majlis samada di dewan atau di rumah, baju pengantin simple untuk lelaki atau perempuan, katering, fotografi indoor ataupun outdoor. Menyediakan solekan dari MUA yang professional, crew deko majlis dan pelamin yang kreatif serta pilihan pakej perkahwinan yang pelbagai mengikut bajet yang ditawarkan cukup memberikan kelebihan kepada bakal pengantin.
Pakar dalam menghasilkan dekorasi dewan serba mewah dan eksklusif bagi majlis perkahwinan sememangnya menjadi identiti atau kelebihan Leen’z Bridal. Berbekalkan lebih dari 7 tahun pengalaman sebagai pakar perunding perkahwinan, menjadikan Leen’z Bridal lebih kreatif dalam merealisasikan setiap idea dan impian bakal pengantin bagi sebuah majlis yang diidamkan.
Dengan bajet RM2,500 bakal pengantin dapat merasai pakej majlis di dewan yang dilengkapi dengan baju pengantin simple & aksesori lelaki perempuan yang elegan, pelamin dewan bersaiz 35-40 kaki yang eksklusif, make up, laluan redcarpet, pintu gerbang serta percuma set bantal nikah. Bukan itu saja, bagi bakal pengantin yang ingin baju pengantin simple dan menjimatkan kos perkahwinan, anda boleh cuba pakej super jimat yang bermula dari RM600-RM1,800. Pendek kata, pakej yang ditawarkan di sini sangat mampu milik.
Leen’z Bridal
Address:
73-01, Jalan Permas 10/1, Permas Jaya, 81700 Masai, Johor
Emel:
cactus_0202@yahoo.com
No. Telefon:
07-386 8923
Waktu Operasi:
Monday : Closed
Tuesday – Friday : 2pm – 6.30pm
Saturday&Sunday : 2pm – 6pm