Penghantaran makanan ke rumah merupakan satu perniagaan yang kerap di lihat dan di dengar pada zaman ini. Mereka yang menjadi runner itu juga menjadikan pekerjaannya sebagai satu kerjaya. Ada juga yang mendapat bayaran yang agak lumayan. Ini menunjukkan betapa sukanya rakyat Malaysia terhadap penghantaran makanan ke rumah. Khidmat penghantaran makanan ini juga banyak di gunakan di ofis apabila ada jamuan di ofis atau ada yang mempunyai kerja yang banyak membuatkan mereka tidak ada masa untuk pergi makan di kedai. Jadi servis penghantaran makanan merupakan pilihan mereka.
Servis penghantaran makanan ini telah memudahkan ramai pelanggan dengan membuatkan mereka tidak perlu keluar dari kediaman mereka dan ia sangat menjimatkan masa kerana tidak perlu beratur panjang untuk membeli makanan kegemaran. Mereka yang berada di rumah juga boleh menggunakan khidmat penghantaran makanan ini jika tiada kerajinan untuk memasak atau tiada kenderaan untuk keluar. Mereka yang menyediakan servis penghantaran ini sangat menjaga kualiti makanannya supaya anda mendapat makanan seperti mana yang anda akan dapat jika anda pergi ke restorannya. Kebersihan juga menjadi keutamaannya.
Di sebabkan itu, ramai yang mempercayai untuk menggunakan servis penghantaran makanan ke rumah ini. Jadi bagi mereka yang tidak boleh keluar rumah atau ofis tak kisah laa apa alasan anda, anda jangan risau kerana penghantaran makanan akan sentiasa berkhidmat untuk anda. Masalah perut kita masih perlukan makanan tidak lagi kedengaran. Oleh itu kami menyenaraikan 10 kedai istimewa yang boleh anda beli dan makan di rumah atau takeaways.
Jangan risau kerana senarai kami mengandungi pelbagai jenis penghantaran makanan dari masakan panas, nasi berlauk, western seperti chicken chop dan juga restoran-restoran fast food kegemaran anda. Makanan sihat pon disenaraikan di dalam senarai penghantaran makanan kami memudahkan anda untuk mencari makanan kegemaran anda yang memenuhi cita-rasa semasa anda. Makanan kegemaran anda menjadi keutamaan kami. Dengan adanya mereka yang melakukan perkhidmatan penghantaran makanan, mereka akan memudahkan anda!