Keperluan majlis perkahwinan adalah berbeza-beza mengikut kehendak setiap pasangan pengantin dan keluarga. Perbezaan ini adalah kerana kemampuan kewangan setiap pasangan pastinya berbeza.
Wedding Planner amat sinonim dengan majlis yang mempunyai bajet tinggi dan besar seperti majlis anak-anak orang kenamaan, anak ahli perniagaan dan anak kerabat diraja.
Ini kerana, caj yang tinggi dikenakan oleh Wedding Planner bagi mereka untuk menguruskan sesuatu majlis perkahwinan tersebut. Namun begitu, terdapat banyak wedding planner yang memberikan servis yang terbaik dengan harga yang mampu milik dalam Johor Top 10 list ini.
Platform Johor Top 10 ini tercipta bagi memudahkan urusan anda dalam membuat pilihan berkaitan perkhidmatan wedding planner yang diyakini dan mampu memenuhi citarasa anda.
Inilah senarai Johor Top 10 perkhidmatan wedding planner terbaik di Johor Bahru. Mari kita lihat!