Johor Top 10 Perkhidmatan Sewa Villa Kahwin Terbaik Villa Warisan JA

Majlis perkahwinan merupakan sebuah majlis yang dinanti-nantikan oleh pihak keluarga pengantin yang ingin berkongsi kegembiraan bersama sanak saudara dan juga sahabat handai. Oleh itu, pentingnya pemilihan lokasi majlis perkawinan tersebut diadakan. Kini sudah menjadi ikutan masyarakat sekarang mengadakan majlis perkahwinan di tempat yang indah, damai dan juga mampu melancarkan semua majlis daripada majlis pertunangan, pernikahan dan akhirnya pernikahan dalam satu masa seperti di villa.

Johor Top 10 Perkhidmatan Sewa Villa Kahwin Terbaik Villa Warisan JA

Tempat majlis diadakan juga perlulah mempunyai kawasan yang luas bagi memudahkan pihak tetamu meletakkan kenderaan mereka masing-masing dan tidak perlu berjalan jauh menghadiri majlis. Dengan ini, JBTop10.com memilih Villa Warisan J.A sebagai tempat perkahwinan terbaik di Johor Bahru, Johor.

Johor Top 10 Perkhidmatan Sewa Villa Kahwin Terbaik Villa Warisan JA

Lokasi ini dibina berkonsepkan rumah kayu tradisional yang mula dibangunkan pada tahun 2010. Selain itu, ianya didirikan daripada kayu jati yang diimport dari Jawa Tengah khususnya dari Jepara yang sememangnya terkenal dengan konsep ukiran kayu unik serta dipenuhi dengan motif halus buatannya.

Johor Top 10 Perkhidmatan Sewa Villa Kahwin Terbaik Villa Warisan JA

Tempat ini pada permulaannya dibina untuk dijadikan kediaman peribadi tetapi akhirnya dijadikan Boutique Hotel dan tempat untuk pelbagai majlis-majlis keraian. Antara majlis yang diadakan ialah majlis rasmi, majlis pernikahan, majlis persandingan, majlis pertunangan serta majlis-majlis keraian yang lain.

Johor Top 10 Perkhidmatan Sewa Villa Kahwin Terbaik Villa Warisan JA

Lokasi ini juga menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan lain antaranya penyediaan kek perkahwinan mengikut tema majlis perkahwinan tersebut. Villa ini dibina empat tingkat dan mempunyai lapan unit Suite Room serta terdapat tiga runag makan berkonsep ‘outdoor’ yang lebih santai.

Johor Top 10 Perkhidmatan Sewa Villa Kahwin Terbaik Villa Warisan JA

Setiap kelengkapan perabot dan hiasan dalamannya juga diperbuat dan ditempat khas dengan seni ukiran yang sesuai. Ruangan santai yang direka khas ini pasti memberikan kepuasan dan  kenangan yang indah bagi setiap majlis yang diadakan di sini. Tidak rugi pada mereka yang ingin mengabadikan pengalaman perkahwinan mereka di sini.

Villa Warisan J.A

Address:


Jalan Abdul Rahman Andak, 80000 Johor Bahru, Johor

Emel:

villawarisanja@yahoo.com

No. Telefon:


019-736 5555

Maklumat Berkaitan: