Johor Top 10 Perkhidmatan Baju Kurung Pengiring Terbaik Hers By Bint Wahab

Johor Top 10 Perkhidmatan Baju Kurung Pengiring Terbaik Hers By Bint Wahab

Hers By Bint Wahab adalah butik pakaian baju kurung yang terkenal di Johor Bahru. Butik ini ditubuhkan pada tahun 2014 oleh 3 adik beradik Wahab (anak perempuan). Di butik ini, mereka menyediakan pelbagai jenis pakaian seperti baju kurung songket dan jubah. Mereka juga sangat menjaga nama baik mereka. Oleh itu mereka menghasilkan pakaian yang berkualiti dan fesyen baju kurung muslimah yang sangat memuaskan.

Johor Top 10 Perkhidmatan Baju Kurung Pengiring Terbaik Hers By Bint Wahab

Rekaan baju kurung Pengiring Pengantin Oleh Hers by Bint Wahab

Di butik Hers, mereka menawarkan banyak reka bentuk baju kurung yang sesuai untuk di jadikan sebagai pakaian pengiring penganting. Baju kurung mereka menampakkan keayuan dan kesopanan wanita melayu. Pakaian mereka juga sesuai dijadikan pakaian harian seperti pakaian di ofis atau ke mall. Baju kurung mereka yang lawa dan cantik akan menambahkan lagi seri di majlis perkahwinan anda.

Johor Top 10 Perkhidmatan Baju Kurung Pengiring Terbaik Hers By Bint Wahab

Pakaian Mengikut Fesyen Terkini

Di Hers by Bint Wahab, anda akan terpegung melihat keindahan baju kurung terkini yang di reka bentuk dengan teliti oleh pakar-pakar fesyen yang begitu berbakat. Ramai yang menyukai Butik ini dan menjadikan butik ini sebagai butik kegemaran mereka. Pekerjanya yang sopan juga menambahkan lagi populariti butik ini di kalangan orang Johor Bahru. Jadikan hari perkahwinan anda lebih istimewa dengan baju kurung dariButik Hers by BintWahab.

Johor Top 10 Perkhidmatan Baju Kurung Pengiring Terbaik Hers By Bint Wahab

Baju Kurung Yang Sesuai Untuk Pelbagai Tema

Pakaian – pakaian yang di jual di sini sesuai digunakan untuk pelbagai tema. Antara Baju kurung yang menjadi tumpuan ramai adalah Azizah Kurung, Camelia Kurung, Elizabeth Kurung, baju kurung songket dan banyak lagi. Baju kurung mereka bukan sahaja menarik dan cantik dipandang, namun sangat lah selesa untuk di pakai sepanjang hari. Terutama di majlis besar. Oleh itu, baju kurung ini sangat sesuai dijadikan baju kurung untuk pengiring pengantin yang pastinya akan menambahkan lagi seri majlis perkahwinan tersebut.

Hers By Bint Wahab

Address:

No.14, Jln Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Emel:

hers_bintwahab@yahoo.com

No. Telefon:

07-244 6369

Waktu Operasi:

Everyday : 10am – 8pm

Maklumat Berkaitan: