Masih mencari dewan serbaguna untuk majlis Perkahwinan di kawasan Johor Bahru? Mahukan tema dewan yang berlainan dari biasa tapi cantik? Di Tampoi, Johor Bahru anda boleh sewa dewan serbaguna yang sangat unik. Dewan serbaguna Galeri Glulam ini adalah projek milik Lembaga Perindusterian Kayu Malaysia (MTIB) dan telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Rercords pada 15 Mac 2012 atas pembinaan bangunannya yang menarik. Binaan dewan serbaguna ini juga telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 22 Mei 2012.
Rekaan Kayu Klassic Dewan Serbaguna Galeri Glulam
Bangunan Dewan serbaguna Galeri Glulam ini mengandungi 80 peratus kayu dalam binaannya dan juga di kukuhkan oleh glulam. Rekaan kayu yang klassic dan struktur binaan klassik ini akan membuatkan majlis perkahwinan anda lebih cantik. Kayu ini menunjukkan satu reka bentuk kayu ala ala moden yang mempunyai eleman kayu klassik dan juga elemant moden. Sewa Dewan serbaguna ini untuk majlis perkahwinan anda, kerana anda pasti tidak akan kecewa.
Dewan Kayu Perkahwinan Klassic
Dewan serbaguna ini adalah sangat unik dan dipenuhi dengan reka bentuk kayu yang cantik. Sesuai untuk mereka yang gemar akan reka bentuk kayu. Dinding kayu yang dihiaskan akan menambahkan lagi seri dewan tersebut. Dewan serbaguna ini akan meriahkan lagi majlis perkahwinan anda.
Selesa Dan Dilengkapi Segala kemudahan
Dewan serbaguna ini bukan sahaja cantik, Namun ia juga dipenuhi dengan pelbagai kelengkapan. Dewan serbaguna ini mempunyai 150 buah tempat meletak kenderaan motokar termasuk motosikal yang berpagar bagi memastikan keselamatan pengguna. Ia juga mempunyai 3 buah dewan pameran atau serbaguna yang bersaiz 2000m². Mempunyai kemudahan surau lelaki dan surau wanita. Dan mempunyai holding room eksklusif untuk VIP yang boleh memuatkan 12 ahli.
Galeri Glulam
Address:
Mukim Tebrau, 19851, Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor
No. Telefon:
07-234 0297
Waktu Operasi:
Monday : Closed
Tuesday – Sunday : 10am – 9pm