Johor Top 10 Perkhidmatan Ukiran Inai Pengantin Terbaik Fiqa Henna

Johor Top 10 Perkhidmatan Ukiran Inai Pengantin Terbaik Fiqa Henna

Kesempurnaan penampilan pengantin pastinya adanya pemakaian henna yang sempurna. Ukiran Inai biasanya akan dipakai oleh pengantin perempuan pada kedua-dua belah tapak kaki dan tangan. Sesungguhnya malam berinai bukanlah acara wajib bagi sesebuah perkahwinan itu tetapi sudah menjadi trend pada masa kini untuk mengadakan sungguhpun secara sederhana.

Johor Top 10 Perkhidmatan Ukiran Inai Pengantin Terbaik Fiqa Henna

Ini bukan sahaja untuk melengkapkan lagi pengalaman indah kedua mempelai untuk melangsungkan perkahwinan mengikut adat tradisi masyarakat melayu tetapi juga merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli kelurga, sahabat handai dan juga jiran tetangga. Dengan ini, JBTop10.com memilih Fiqa Henna sebagai penata rias ukiran inai pasangan pengantin terbaik di Johor Bahru, Johor.

Johor Top 10 Perkhidmatan Ukiran Inai Pengantin Terbaik Fiqa Henna

Pengantin lelaki akan dipakai ukiran inai pada jari kelengking, jari manis dan jari hantu sama ada pada sebelah tangan sahaja atau kedua belah tangannya. Tidak menjadi kewajipan bagi pihak pengantin lelaki memakai ukiran inai. Acara memakai henna ini pula akan diadakan pada malam berinai. Ada juga pihak pengantin yang mengadakan majlis memakai henna dengan meriah.

Johor Top 10 Perkhidmatan Ukiran Inai Pengantin Terbaik Fiqa Henna

Berbeza denagn zaman dahulu , pengantin akan dipakaikan inai yang digiling sendiri menggunakan daun inai pada setiap hujung jari dan corak bulat pada tapak tangan sebagai symbol perkahwinan. Kini, henna artis yang berkemahiran untuk mencorakkan henna kepada pelbagai rekaan bunga dan dedaun menggunakan pes inai segera menjadi pilihan utama bakal pengantin di luar sana.

Johor Top 10 Perkhidmatan Ukiran Inai Pengantin Terbaik Fiqa Henna

Pes inai segera juga ada dijual biasanya buat kegunaan ahli kelurga ataupun bridesmaid pengantin. Corak bermotifkan bunga-bungaan moden da traditional yang ringkas dan tidak berlebihan menjadi gubahan pilihan. Sungguhpun ringkas tetapi cukup kemas dan sempurna.

Johor Top 10 Perkhidmatan Ukiran Inai Pengantin Terbaik Fiqa Henna

Henna berwarna putih sedang trend pada masa kini. Corak ukiran inai berbunga halus dan rapat-rapat dihiasi dengan manik bulat pada bahagian tengah menambahkan seri pada jari pengantin. Rekaan henna yang unik kerana mempunyai gabungan budaya melayu dan india yang turut menjadikan pemakaian henna sebagai tradisi warisan turun-temurun mereka dalam pelbagai acara terutamanya di dalam adat perkahwinan.

Fiqa Henna

Address:

Johor Bahru

Emel:

hennajohor@gmail.com

No. Telefon:


+6011-2189 3738

Maklumat Berkaitan: